PERMOHONAN PROGRAM FELO PERDANA 2018 DIBUKA

Program Felo Perdana yang julung kali diadakan setiap tahun bertujuan menawarkan peluang bagi siswazah dan graduan untuk menjadi pelatih kepada menteri-menteri kabinet termasuk Perdana Menteri.

Sejak ditubuhkan pada 2013, program ini telah berjaya menghasilkan 403 Felo Perdana dan tahun lalu mencatatkan seramai 85 Felo Perdana berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tujuan program ini diadakan adalah memberi peluang kepada anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat untuk mengambil pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara dimana mereka akan ditugaskan di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan agenda nasional.

Antara ciri-ciri ideal untuk Felo Perdana adalah:
1) Calon mestilah seorang yang minat yang mendalam dalam hal ehwal politik dan isu semasa.
2) Calon perlu mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
3) Calon perlu mempunyai kegiatan kokurikum dan rekod kepimpinan yang baik.
4) Calon mestilah warganegara Malaysia.
5) Calon harus menunjukkan kebolehan sebagai pemimpin.
6) Calon mestilah berusia 30 tahun ke bawah.
7) Calon mestilah seorang mahasiswa di ipt samaada luar atau dalam negeri.

Dengan pengalaman dan ilmu yang mereka miliki sedikit sebanyak menjadi satu benteng yang kukuh untuk menyumbang kepada pembangunan negara sekaligus menghargai peranan generasi millenium yang berperanan sebagai tenaga sumber manusia negara. Oleh itu, elaun turut akan diberikan kepada pelatih. Jadi, usah bimbang ^^

Sekiranya berminat, pemohon dikehendaki melengkapkan permohonan atas talian di www.feloperdana.gov.my sebelum 31 Mac 2018.

58ac06f6-b7ae-487d-be83-4ef2afe8b432.jpg

Leave a Reply