MASYARAKAT SIAM TURUT DIBERI PERHATIAN

Tiada istilah pilih kasih dalam usaha kerajaan menyalurkan bantuan kepada orang ramai termasuk masyarakat Siam di Baling ini.

Lebih kurang 2,000 masyarakat Siam yang berada di enam buah kampung di daerah tersebut telah mendapat pelbagai bantuan yang sama rata seperti mana yang diterima masyarakat lain.

Antara bantuan yang disalurkan adalah :
1) Lebih 10 buah rumah telah dibaik pulih
2) Dua buah rumah telah dibina baharu termasuk sebuah rumah baharu dibina bagi menggantikan rumah yang terbakar baru-baru ini.
3) Lantai dewan serta beberapa prasarana turut dibaiki.
4)30 buah lampu limpah turut disediakan bagi penduduk di sini menjalankan aktiviti keagamaan dan sebagainya.
5) Pembinaan dewan terbuka yang lengkap dengan sistem pendawaian.
6) Menurap jalan di sekitar setiap rumah ibadat turut dijalankan.

Diharapkan agar masyarakat Siam tidak menafikan bantuan yang dihulurkan kerajaan semata-mata terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang kerana mereka akan menggunakan bermacam cara untuk menghasut masyarakat dan mereka harus tahu menilai mana yang baik ataupun tidak.

Masyarakat Siam adalah orang Malaysia yang beretnik Thai. Secara politikalnya, orang Siam Malaysia diakui sebagai Bumiputera dan diberikan hak yang sama dengan orang Melayu, Kadazan, Iban dan Portugis.

Leave a Reply