KONSISTEN BANTUAN LAMBANG REKOD BAIK UMNO, BN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai satu pimpinan yang jelas dan mampu meletakkan negara selari dengan perkembangan ekonomi masa kini. Dalam keadaan negara yang stabil dari setiap aspek ekonomi, kerajaan sentiasa menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama atau bangsa.

Hal ini membuktikan bahawa UMNO, BN mempunyai rekod baik yang terbukti sentiasa memberi bakti dan membela kebajikan rakyat bagi memastikan rakyat di negara ini dapat menikmati insentif tersebut secara saksama.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sumbangan yang diberikan kepada rakyat bukan hanya ketika menghadapi pilihan raya tetapi adalah parti yang ikhlas membantu, berbakti dan bekerja secara konsisten dan diberikan setiap tahun.

Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan ini juga selaras dengan arahan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak agar terus membawa imej parti ini yang bekerja setiap masa untuk rakyat.

Ini adalah budaya UMNO sejak dahulu lagi iaitu sentiasa membantu rakyat tanpa mengira masa..berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu memfitnah dan mengatakan bantuan yang diberikan sebagai dedak atau rasuah.

 

Leave a Reply