ROBOTIK : KEPERLUAN TEKNOLOGI MASA KINI

Malaysia merupakan sebuah negara yang sudah pun menggunakan teknologi robotik sejak sekian lama kerana ianya merupakan satu keperluan yang penting dalam sektor perindustrian termasuk pembuatan, pengeluaran serta perubatan di seluruh dunia.

Penggunaan robotik dilihat semakin popular kerana penggunaannya yang membawa kepentingan dalam pelbagai bidang. Selain itu, perkembangan ini turut dapat dilihat dalam kalangan syarikat tempatan yang dikatakan berupaya menggantikan sesetengah tugas yang pada masa ini dilakukan manusia.

Untuk memperkukuhkan kepakaran teknologi robotik, Malaysia mengambil inisiatif menjalankan beberapa kerjasama dengan negara seperti China yang melabur di negara ini untuk penambahan dan peningkatan kemahiran teknikal serta ilmu berkaitan teknologi ini.

Picture 371.jpg

Sumber gambar : Google

Antara bidang yang banyak menggunakan robotik adalah mempercepat proses rawatan prubatan. Dalam bidang ini, robotik membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit seperti pertumbuhan kanser. Selain itu, penggunaan robotik juga penting dalam operasi pembedahan dan membantu doktor menjalankan operasi pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dijalankan dengan tangan.

Penggunaan ini turut membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan. Jelas sekali bahawa teknologi ini membantu tentera mengesan bom, periuk api dan sebagainya. Selain itu, ianya juga memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan dan mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh.

Apa yang menarik teknologi ini juga adalah dapat meningkatkan ketahanan dan pertahanan negara kerana ianya penting dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sekaligus membantu para saintis menjalankan penyelidikan saintifik memandangkan teknologi ini berfungsi dengan lebih cepat, berkesan dan efektif.

robotik-nedir.jpg

Sumber gambar : Google
Selain membantu dalam meningkatkan pengeluaran barang, teknologi robotik turut meningkatkan mutu dan kualiti keluaran dan setanding dengan piawaian antarabangsa.Teknologi seperti pembajak sawah juga adalah satu satu robotik yang digunakan pada masa kini. Ianya berfungsi sebagai penuai yang amat berkesan pada masa kini.

Jelas sekali, teknologi robotik merupakan satu keperluan yang penting di Malaysia bahkan diseluruh dunia. Fakta ini tidak dapat dinafikan. Kita, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur apabila negara kita bangkit berdiri bersama-sama dengan negara membangun yang lain. Perkara ini seharusnya kita banggakan kerana lahir di sebuah negara yang stabil dalam setiap aspek kehidupan.

 

Leave a Reply