PELABURAN ASING MASUK MALAYSIA BERADA PADA TAHAP TINGGI

Dana pelaburan asing memasuki Malaysia berada pada tahap tertinggi minggu lepas dan jumlah itu adalah berdasarkan data awal daripada Bursa Malaysia.

Menurut MIDF Amanah Investment Bhd, ianya tidak termasuk tawaran pasaran, jumlah bersih yang diperoleh oleh pelabur asing di bursa minggu lepas berjumlah RM190.9 juta, peningkatan besar berbanding RM4.5 juta dibeli pada minggu sebelumnya hujung minggu yang panjang.

Belian asing ini berlaku pada tiga daripada lima hari dagangan minggu lepas, dengan Isnin mencatat aliran masuk harian tertinggi dalam tempoh 10 hari dagangan, dengan jumlah bersih RM164.3 juta, sekali gus menolak naik FBM KLCI sebanyak 1.04 peratus kepada 1,857 mata.

MIDF menjelaskan bahawa pelabur asing memulakan hari dagangan pertama Tahun Anjing susulan Wall Street yang sudah pun mencatat peningkatan pada minggu sebelumnya,” kata MIDF dalam laporan aliran dana mingguannya hari ini.

Ia berkata pelabur asing juga terus membeli pada Selasa, namun pada kadar yang lebih stabil, sebanyak RM31.8 juta ketika tiada pemangkin baharu dalam pasaran susulan penutupan semalaman saham US pada Isnin.

SUMBER : BERNAMA

Leave a Reply