GRADUAN DAN PELUANG PEKERJAAN

Puluhan ribu graduan yang dikeluarkan setiap tahun berjaya untuk melayakkan diri bekerja dalam pelbagai bidang pengajian masing-masing. Dan….pada waktu itulah ramai yang bersaing untuk memasuki dunia pekerjaan yang dilihat semakin sukar kerana peluang pekerjaan yang disediakan terhad untuk graduan yang berkelayakan.

 

 

graduan

Ada yang berjaya dalam temuduga kerja dan ada juga yang kecundang tanpa diketahui puncanya. Pernahkah anda mempunyai pengalaman seperti ini? “Susahnya nak dapat kerja sekarang, zaman sekarang tak boleh pilih kerja, kerja jela mana-mana dulu yang penting ada “income”, begitulah rungutan yang sering didengari dan mungkin anda sendiri pernah merasai perkara seperti ini.

 

abc

Oleh kerana permintaan graduan yang benar-benar berkualiti dicari oleh sesetengah pihak, maka, peluang pekerjaan hanya terhad untuk mereka sahaja. Bagaimana pula dengan graduan yang hanya keputusan “cukup-cukup makan” sahaja? Kalau boleh, jangan ada sedikit “typo” pun dalam resume atau sewaktu sesi temuduga. Padah akibatnya, mungkin akan ditegur atau panel akan berdiam diri dan malas untuk bertanya lebih kepada calon.

Bila perkara ini selalu terjadi, maka, berlakulah pelbagai tuduhan yang tidak berasas yang mengatakan bahawa susah untuk dapat pekerjaan. Panel tidak adil la dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai perkara yang perlu diambil tahu oleh graduan sebelum memasuki bilik temuduga. Berikut ingin kami kongsikan serba sedikit berkenaan tips ketika temuduga.

1) Bawa sijil dan resume yang disusun kemas mengikut turutan dalam folder.
2) Gambar passport yang diberikan letak yang formal, bukan gambar selfie dengan kucing ya!
3) Bermanis muka dan jangan pandang rendah pada sesiapa meskipun calon. Mana tau ada anak si penemuduga kat situ.
4) Datanglah awal, kalau boleh 30 minit awal. Nampak je dekat tempat temuduga. Mana tau nanti sesat ke atau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Harap-harap tiadalah.
5) Sediakan ilmu yang mencukupi. Janganlah tau datang bawa “diri” sahaja. Sekurang-kurangnya baca sedikit latar belakang syarikat atau nama-nama pengarah.
6) Berpakaian kemas dan bersesuaian. Pakai pakaian yang formal seperti baju kurung, seluar slack, kasut hitam bertutup atau blazer. Elakkan daripada memakai bau-bauan yang terlampau kuat. Dan… “mekap” sedikit supaya nampak lebih berkeyakinan dan tertarik. Mekap nipis je, bukan mekap pengantin tu.

Sekiranya disoal oleh panel, berfikir dahulu sebelum berkata-kata kerana kata-kata melambangkan keperibadian. Elakkan terlampau bercerita berjela-jela sehingga lari dari topik pertanyaan. Ingat! Pastikan tiada “eh” atau “tidak tahulah” sebab nampak la yang calon main-main ketika ditemubual.

iStock_000015624810_Medium-56b099d13df78cf772cff379.jpg

 

Itulah sedikit ilmu yang bermanfaat untuk semua. Semuanya bergantung pada calon itu sendiri samaada mempunyai kemahiran lain yang khusus untuk melayakkan diri bekerja dalam bidang yang ditetapkan. Semoga maju jaya!

 

Leave a Reply