ELAUN SL1M MENINGKAT KEPADA RM2,000

“Sukacita saya umumkan bahawa elaun bulanan bagi Skim Latihan 1 Malaysia akan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000”, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa komited untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan di Malaysia.

Pengumuman yang dibuat ketika Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1 Malaysia di MAEPS, Serdang itu bertujuan membantu mereka yang kebanyakannya datang daripada pelbagai latar belakang. Selain dari memberi motivasi kepada pelatih, beliau menjelaskan bahawa perkara itu adalah “hadiah” yang perlu diberikan kepada pelatih SL1M.

Beliau turut menyifatkan bahawa SL1M merupakan anak kunci yang berfungsi untuk membuka peluang pekerjaan ke arah kehidupan yang lebih baik kepada generasi muda yang dilihat semakin bersaing di dalam pasaran global. Rajin, semangat dan bercita-cita sahaja tidak mencukupi tanpa perkara itu yang biasanya tersedia menerusi dasar yang disediakan kerajaan.

Tambahnya, SLIM telah memberi peluang kepada lebih 140,000 graduan yang mengikuti pelbagai latihan bersama industri sejak inisiatif itu diwujudkan pada tahun 2011.

Leave a Reply