26 FEB TARIKH PENGAGIHAN BR1M 2018

Terujanya nak dapat BR1M! Bila ye BR1M masuk? Itulah kata-kata yang disuarakan oleh rakyat Malaysia yang pastinya tidak sabar menerima bantuan itu. Pelbagai persoalan tentang tarikh bantuan itu rata-ratanya di laman media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, hari yang bakal dinanti-nanti oleh semua rakyat Malaysia tidak kira tinggal di kampung atau kota berkenaan pengkreditan Bantuan Rakyat 1 Malaysia; BRIM terjawab apabila bantuan itu diagihkan pada hari ini.

Tidak dinafikan pelbagai andaian tarikh yang dibuat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Ada juga yang menuduh bahawa BR1M adalah rasuah dan ada juga yang menamakan penerima BR1M dengan pelbagai nama yang tidak baik. Perkara ini amat mengecewakan sedangkan bantuan ini merupakan idea asal dari Bank Negara Malaysia yang memahami bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan stabil dan kerajaan yang begitu komited untuk membantu rakyat turut bekerjasama merealisasikan hasrat ini.

Namun, perkara ini tidak menjadi halangan dan kerajaan sekali lagi telah mengumumkan bahawa BR1M akan diagihkan secara berperingkat pada hari isnin 26 Februari ini.

Jika sebelum ini pengumuman itu dibuat menerusi laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri; LHDN, kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan tarikh bantuan itu diberikan menerusi laman twitternya.

Najib berkata lagi peringkat seterusnya pula adalah pada bulan Jun dan Ogos nanti. Beliau telah melancarkan pengagihan fasa pertama BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Syah di Pekan, Pahang semalam.

Rakyat yang risau bahawa mereka terpaksa beratur di kaunter ATM untuk menyemak bayaran BRIM kini tidak perlu lagi khuatir kerana semakan status boleh dibuat menerusi laman web ebr1m.hasil.gov.my.

Untuk yang masih dalam proses atau tidak lulus dinasihatkan supaya tidak berputus asa dan rayuan boleh dikemukakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Semoga berjaya!

Leave a Reply