WANITA GEMAR BERBELANJA DI HUJUNG JARI

Wanita merupakan seorang individu yang dikenali sebagai insan yang sibuk dengan tugasan harian mereka seperti melaksanakan tugas harian sebagai ibu, isteri dan seorang anak kepada mereka yang masih mempunyai orang tua. Tidak kurang juga kepada mereka yang muda dan bekerja. Sudah semestinya mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk diri sendiri.

Hendak berjalan-jalan dengan keluarga, perlulah dilakukan ketika hujung minggu. Namun, sekiranya mereka penat dengan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah pembelian dan membeli belah atas talian menjadi pilihan utama mereka.

Mereka cenderung untuk menggunakan kaedah hujung jari untuk membeli-belah. Antara laman web yang kian popular dalam kalangan wanita adalah lazada dan facebook. Hal ini menyebabkan pola pembelian wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki. Hanya buka banking online, click barangan dan melakukan pembayaran. Mereka juga hanya menunggu barang sampai ke rumah tanpa perlu bersolek atau berhias ke luar.

Kalau dulu, kaum ini akan selalu ke pasar, kini mereka gemar buat pembelian di rumah. Hal ini menyebabkan para peniaga terutamanya kaum wanita gemar berniaga dengan menjadi dropship. Berbeza dengan golongan lelaki yang lebih cenderung untuk mencari rezeki dengan bekerja di luar rumah.

Bukan itu sahaja, wanita dilihat lebih tertarik kepada fesyen dan keperluan asas manakala lelaki pula gemar kepada hobi dan sanggup menghabiskan duit hanya untuk memastikan badan mereka “sado” seperti di kaca televisyen berbanding pakaian.

FeaturedImage-OnlineShopping-30kb-250x250.jpg

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghalang pasar raya untuk membuka kedai. Meskipun ramai wanita yang gemar berbelanja di hujung jari, namun ada sesetengah dari mereka gemar untuk membuat pilihan dengan melihat sendiri barangan.

 

Wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati membuat pembelian barangan secara atas talian kerana dikhuatiri berlaku penipuan yang tidak diingini. Ramai pengikut di instagram atau rakan di facebook bukan bermakna mereka artis dan dipercayai. Selidik dan kaji dahulu barangan yang hendak dibeli dan dengan siapa ingin berurusan.

Moga ilmu ini bermanfaat buat semua!

Leave a Reply