TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 MISI NASIONAL

Malaysia bakal diiktiraf sebagai Tahun Melawat Malaysia menjelang tahun 2020. Kempen yang lebih dikenali sebagai VMY 2020 ini merupakan satu misi nasional yang mana pelaksanaannya akan memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam industri pelancongan.

Keunikan dan tarikan yang terdapat di Malaysia seperti pusat pelancongannya serta rakyatnya yang hidup dalam aman harmoni sesuai dengan tema yang digunakan dalam VMY2020 ini yakni “travel, enjoy, respect”. Yang membawa maksud Kembara, Gembira dan Hormat.

Logo yang sesuai turut digunakan. Logo tersebut dilancarkan ketika forum pelancongan ASEAN di Thailand. Logo yang melambangkan ikon Malaysia yang paling dikenali turut berkaitan untuk mempromosi destinasi popular dan pengalaman bercuti yang menyeronokkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata semua kementerian serta agensi dan jabatan yang terlibat telah bersiap sedia memberikan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan kempen ini.

Sekretariat VMY2020 turut ditubuhkan di bawah Tourism Malaysia yang akan menyelaraskan dan melaksanakan semua program dan aktiviti yang berkaitan dengan
kempen tersebut.

TMM2018.jpg

Leave a Reply