MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS MENYOKONG BN DALAM PRU-14

Masyarakat India di Port Dickson amat kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka. Pembangkang hanya tahu bercakap dan menuduh tanpa bukti, hingga akhirnya terbukti, merekalah sebenarnya kumbang yang berjalan tanpa membuahkan hasil.

Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, kerajaan sebenarnya yang menyelesaikan segala permasalahan termasuk isu kuil dan sekolah di daerah itu. Beliau turut menyoalkan sikap pembangkang yang tidak mengambil tindakan terhadap isu-isu yang berlaku di Malaysia.

Bukan itu sahaja, pembangkang turut membuat tohmahan kononnya yang isu perpindahan kuil adalah kerana kepentingan UMNO sendiri. Sedangkan campur tangan daripada orang politik yang berkepentingan, menyaksikan masalah kuil-kuil Hindu terutama yang dibina di atas tanah milik orang lain, tanah kerajaan, rezab jalan, rezab sungai dan sebagainya semakin hari semakin merumitkan. Hal ini merupakan satu pencabulan yang sangat jelas.

Oleh itu rakyat diminta untuk memberikan kerjasama dan tidak mendengar kata mana-mana individu yang ingin menjatuhkan kerajaan. Beliau juga menegaskan bahawa Kerajaan akan bertindak mengikut undang-undang sekiranya terdapat individu yang cuba menyebarkan berita palsu yang tidak masuk akal.

Tambahnya lagi, BN amat yakin bahawa mereka akan mendapat sokongan padu daripada masyaraka India di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Leave a Reply