KAUM CINA TURUT DIBERI KEUTAMAAN – NAJIB

Tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina disambut dalam suasana ceria dan sangat meriah. Selain perhiasan yang cantik di kedai-kedai dan jemputan-jemputan ke rumah terbuka, negara kita juga berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan pelbagai acuan yang mana, setiap kaum atau bangsa telah memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan negara ini.

Dalam konteks ini, komuniti Cina bukan sahaja memainkan peranan penting dari segi pembangunan ekonomi dan perniagaan, mereka juga telah banyak berjasa dalam perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan.

Masihkah anda ingat semua ingat tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun H.S Lee ataupun Yap Ah Loy yang telah turut sama membina dan membangunkan Kuala Lumpur.

Dari segi pentadbiran, Kerajaan juga sentiasa memastikan polisi-polisi yang digubal bersifat inklusif dalam memastikan keperluan setiap rakyat tanpa mengira kaum dipenuhi.

Antaranya: –

  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang merupakan satu isu yang dekat di hati komuniti Cina terus mendapat bantuan Kerajaan. Tahun lepas, saya telah umumkan penubuhan 10 lagi Sekolah Cina yang baru di samping peruntukan tahunan sebanyak RM50 juta untuk penambahbaikan sekolah Cina. 
  • Peniaga PKS komuniti Cina turut diberikan akses khas kepada peruntukan sebanyak RM50 juta seperti yang diumumkan bawah Bajet 2018 melalui KOJADI.
  • Peruntukan RM30 juta untuk Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia bagi memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.
  • Peruntukan sebanyak RM75 juta, kesejahteraan penduduk akan meningkat dengan pembangunan kemudahan seperti dewan-dewan dan taman-taman permainan. Rumah-rumah yang usang bakal dibaik pulih melalui program pembangunan.
  • Mengadakan perbincangan dengan kumpulan dan persatuan seperti Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia dan Hua Zong. Ini selaras dengan pendekatan terbuka yang diguna pakai oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak seperti pendekatan di sesetengah negeri yang memilih untuk meminggirkan suara-suara persatuan Cina, secara langsung menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Leave a Reply