DASAR EKONOMI MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA

Dasar-dasar ekonomi Malaysia dilihat diiktiraf di peringkat global. Antara pujian terbaharu yang diperoleh adalah daripada pihak Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menyifatkan bahawa kejayaan pempelbagaian dan pembaharuan ekonomi kita yang terbukti menyumbang kepada pertumbuhan berterusan negara walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan luaran.
Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pihak BMI Research pula mengunjurkan bahawa pengguna Malaysia akan terus makmur pada 2018, dipacu oleh pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan serta kadar inflasi dan pengangguran yang rendah.
Apakah WTO?Β 
WTO merupakan satu-satunya pertubuhan global antarabangsa yang mengendalikan aspek peraturan perdagangan pelbagai negara.
Malaysia turut dipuji kerana secara aktif meneruskan keterbukaan perdagangan melalui pembaharuan sepihak, pengaturan perdagangan serantau dan dua hala serta pelaksanaan peraturan pelbagai hala.

Leave a Reply