REKOD BAIK BN BUKTI KERAJAAN LAYAK UNTUK TERUS MEMIMPIN NEGARA

Permuafakatan terpimpin yang menjadi teras kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara sejak merdeka menjadikan BN terus kukuh dan relevan hingga ke hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Apakah formula kejayaan Malaysia?

  • Pertama, BN bukanlah hanya sekadar gabungan parti politik yang mewakili pelbagai etnik, tetapi juga sebuah muafakat politik bersifat holistik dan integratif, yakni merentas ras dan tidak terbatas di Semenanjung sahaja, tetapi di seluruh wilayah Malaysia.
  • Permuafakatan politik yang diamalkan BN juga menggalakkan penyertaan aktif akar umbi, tidak hanya terbatas kepada kerjasama elit sahaja.
  • Kekukuhan permuafakatan BN adalah terletak pada parti terajunya iaitu UMNO yang telah berjaya membina kerjasama kukuh dengan semua parti komponennya.

Katanya permuafakatan BN di era pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang paling baik ekoran kehebatan beliau sebagai seorang pemimpin transformatif multikulturalis. Pendekatan kepimpinan Najib berkenaan telah membolehkan UMNO dan BN mendapat sokongan setiap lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, pengundi tua dan muda, pengundi bandar dan luar bandar, penjawat awam dan pekerja swasta, rakyat Sabah dan Sarawak.

 

sumber: BERNAMA

Leave a Reply