KERAJAAN AKAN BERDIRI BERSAMA, MEMBANTU RAKYAT

Pilihan Raya yang semakin dekat ini menjadikan sebahagian kecil daripada kita mula berfikir untuk menjatuhkan sesama sendiri. Pelbagai isu yang akan dimainkan oleh “puak” pembangkang terutamanya sehingga menjadikan isu kenaikan harga barang dalam mainan politik mereka sedangkan masalah yang mereka hadapi adalah “Tamakkan Kuasa”..

Pelbagai janji yang mereka tawarkan tapi tiada pun mereka mampu laksanakan. Agak memalukan dan perkara itulah yang menjadikan mereka dilihat seperti “terhegeh-hegeh” meminta simpati rakyat.

Walaupun menghadapi pelbagai fitnah tidak berasas dari pembangkang, Kerajaan yang sudah berdiri sejak sekian lama akan tetap maju kehadapan bersama-sama rakyat tanpa mengetepikan sedikitpun perbezaan latar belakang. Pelbagai program akan terus dilaksanakan untuk masa hadapan rakyat. Ianya sebagai tanda kerajaan komited membantu rakyat dan melaksanakan janji yang pernah ditunaikan.

Antara program yang dilihat bukti kerajaan tidak akan membiarkan rakyat “bersendirian” dalam menghadapi masalah adalah Program Jualan Sentuhan Rakyat. Program ini untuk membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup.

Jelas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, timbul isu kenaikan kos sara hidup disebabkan kerajaan tidak boleh kawal secara keseluruhan kerana sebagai sebuah negara yang mengamalkan pasaran bebas, harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Dan kerajaan yang kita ada hari ini merupakan kerajaan yang bertangggungjawab, kita tidak serahkan sepenuhnya soal ini kepada pengguna untuk tentukan naik turun harganya,

“Contohnya menerusi Skim Kawalan Harga pada musim perayaan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Jualan Sentuhan Rakyat, ini antara usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terjaga,” katanya.

Leave a Reply