BRIM : WAJAR ATAU TIDAK?

Keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia; BRIM yang diumumkan baru-baru ini pastinya membuatkan rakyat ternanti-nanti samaada mereka diluluskan permohonan ataupun tidak. Setiap masa, bahkan setiap saat mereka tidak sabar menanti tarikh pengagihan bantuan ini akan disalurkan menerusi bank-bank yang telah didaftarkan.

Pengumuman yang dibuat melalui portal BRIM pada tarikh 19 Februari itu mendapat sambutan daripada rakyat. Setelah hampir sebulan tempoh pendaftaran ditutup, semakan status boleh dilakukan secara dalam talian dimenu MyBR1M, melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M (muat turun di Play Store / App Store) atau hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

BRIM?
BRIM yang telah dilaksanakan pada tahun 2012 ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat. Pemberian kerajaan ini pada asalanya bermula dengan bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar sekolah, kemudiannya baucer buku RM200 kepada pelajar tingkatan 6 dan institut pengajian tinggi dan seterusnya menerusi BRIM yang diagihkan kepada rakyat.

BRIM begitu menarik perhatian negara kerana membantu rakyat yang bujang dan yang mempunyai isi rumah. Rakyat sanggup beratur panjang untuk memohon bantuan itu kerana yakin bahawa pelaksanaan ini mampu mengubah hidup mereka.

Namun, terdapat segelintir individu yang mahukan BRIM tapi masih memfitnah kerajaan dan menganggapnya sebagai satu muslihat untuk meraih undi. Jelas sekali bahawa BRIM adalah sebentuk bantuan yang diberikan setiap tahun. Mari kita lihat….Bahkan sehingga kini dan bukan sewaktu tahun mengundi barulah kerajaan memberi. Itu adalah salah sama sekali sedangkan bantuan yang diberikan adalah setiap tahun. Bukannya empat tahun sekali mengikut pilihan raya.

BRIM wajar atau tidak?
Kewajaran BRIM ini adalah kerana membantu meringankan beban rakyat. Meskipun jumlah sebanyak RM450 bukanlah jumlah yang banyak, namun sedikit sebanyak menampung keperluan hidup. Rakyat perlulah bersifat terbuka dan berjimat cermat. Menggunakan duit secara berhemah dan tidak boros semata-mata.

Keadaan global sekarang yang disebabkan ketidaktentuan pasaran akibat cuaca, bekalan dan kirsis amat menyumbang kepada kos sara hidup rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak amat memahami situasi ini dan pengagihan yang bakal dilaksanakan ini membantu dalam pertumbuhan ekonomi yang dikecapi negara.

Walaubagaimanapun, BRIM merupakan satu proses jangka panjang yang dilihat baik untuk membasmi masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat. Diharapkan agar kerajaan ekal komited untuk membantu rakyat dan rakyat perlulah membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang akan mentadbir sesebuah negara menuju ke arah negara maju.

Leave a Reply