KERAJAAN KONGSI KEKAYAAN KEPADA RAKYAT BUKAN PENDERITAAN – NAJIB

Rakyat Malaysia yang benar-benar menggunakan segala peluang dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan pasti dapat mengenal erti kesyukuran. Perkara ini bukan sahaja dizahirkan melalui kata-kata tapi melalui perbuatan dan pengundian Pilihan Raya (PRU-14) yang akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menyifatkan bahawa Kerajaan akan sentiasa berkongsi kejayaan serta kekayaan dengan rakyat dan bukannya kemiskinan atau penderitaan seperti yang dialami oleh rakyat di sesetengah negara.

Kejayaan yang dikecapi negara dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran dan ekonomi negara dengan baik membolehkan kerajaan mengagihkan hasilnya kepada rakyat tanpa mengira kaum bagi meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

“Itu bukan bermakna negara tidak mempunyai orang miskin, namun jika tidak mempunyai pendapatan yang semakin meningkat, rakyat akan terpaksa berkongsi kemiskinan… Alhamdulillah pendapatan negara kita semakin meningkat.

Selain itu, Najib berkata hasil nilai ‘perkongsian’ yang diamalkan oleh kerajaan selama ini baik dari segi kuasa politik mahupun ekonomi membolehkan rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup bersatu padu dan harmoni.

Penarafan terhadap ekonomi Malaysia yang turut diberikan oleh badan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bloomberg dan Tabung Kewangan Antarabangsa Fund (IMF) membuktikan tuduhan oleh pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan semata-mata.

Leave a Reply