CEO AMINVESTMENT BANK, IKON WANITA MALAYSIA 2017

Wanita merupakan insan yang luar biasa yang mampu melaksanakan pelbagai kerja dalam satu masa. Semangat dan ketekunan mereka dalam menjalankan amanah yang dipikulnya pastinya dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.

Kalau dulu, wanita dilihat lemah. Namun, kini wanita lah pendorong dan pembangkit semangat untuk segalanya. Begitulah sifat yang dimiliki oleh Wanita Ikon Malaysia 2017; Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.

1.PNG

Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank Bhd dan Pengarah Urusan, Perbankan Borong, Kumpulan AmBank yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang perbankan dan kewangan, dengan tumpuan dalam bidang perbankan Islam dan pelaburan.

Selain dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang dari University of East London, United Kingdom dan juga pemegang ijazah dalam undang-undang LLB (Kepujian) dari universiti yang sama, beliau juga merupakan penasihat Perbankan dan Kewangan Islam kepada Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia, anggota lembaga Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), dan anggota Jawatankuasa Kewangan Islam bagi Institut Akauntan Malaysia.

Kumpulan AmBank berkata anugerah berkenaan dianjurkan oleh Business Excellence & Research Group Pte Ltd (BERG), beribu pejabat di Singapura yang komited untuk menggalakkan dan mempromosikan kecemerlangan perniagaan dalam pelbagai sektor.

Inisiatif itu menggariskan peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam masyarakat, di samping menghargai sikap dan inisiatif mereka.

Sikap ini wajar dicontohi oleh wanita di luar sana yang ingin berjaya untuk bangkit membina masa hadapan yang cemerlang. Kalau kita tidak berubah sendiri…siapa lagi hendak mengubah diri kita sendiri… Betul tak?

Leave a Reply