EKONOMI MALAYSIA BAIK DALAM SEPARUH PERTAMA 2018 – Deutsche Bank

 

Malaysia diunjurkan mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 2018. Data Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang sentiasa positif memungkinkan negara ini setanding dengan kelompok negara maju yakni dalam beberapa tempoh suku.

Ketua Pakar Ekonomi Asia-Pasifik Deutsche Bank yang juga anggota panel “Unjuran Pasaran 2018: Apa Yang Berlaku Pada Masa Hadapan anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dr Michael Spencer menyifatkan bahawa pertumbuhan itu akan berkembang baik pada separuh pertama tahun ini.

“Walaubagaimanapun pada tempoh akhir tahun, ia dijangka perlahan. Saya berpendapat, pada 2019 pertumbuhan akan baik memandangkan ia (kemungkinan) kekal di atas lima peratus,” katanya lagi.

Malaysia perlu bersedia sekiranya menghadapi pertumbuhan lembap secara berperingkat apabila kadar faedah AS mula menjejaskan ekonomi negara. Pelbagai langkah awal harus diambil agar terus menstabilkan ekonomi negara.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply