SYABAS BUAT USAHAWAN TEKUN YANG MEMBUAT PINJAMAN MAKSIMA RM100,000 MELALUI TEKUN NASIONAL.

 

DSCN2821.JPG

“Alhamdulillah, saya kagum dengan pengusaha tadika ini yang saya kira antara yang sangat berjaya hasil dari pinjaman yang diberikan kepada beliau dengan jumlah sebanyak maksima RM100,000. Beliau memulakan pinjaman sebanyak RM10,000 pada tahun 2007”.

Itulah kata-kata inspirasi yang diberikan oleh Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Norazita Abdul Rahman kepada usahawan wanita yang telah berjaya dalam bidang perniagaan iaitu Puan Husna binti Abdul Rahaman.

DSCN2823.JPG

Husna, 46 tahun merupakan pemilik Tadika Generasi Inspirasi yang telah pun beroperasi selama 18 tahun dengan jumlah pinjaman sebanyak RM190,000 secara keseluruhannya.Beliau turut memiliki taska sendiri yang dibuka di 8 cawangan sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Bangi. Wow! Syabas diucapkan kepada Husna kerana berjaya bangkit membina kerjaya sendiri!

 

 

Azita menyifatkan bahawa kejayaan itu merupakan salah satu contoh yang patut diambil diiktibar oleh para usahawan wanita di luar sana. Selaras dengan peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yakni sebanyak RM500 juta kepada TEKUN Nasional dan separuh daripadanya adalah kepada usahawan adalah bukti kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat di negara ini.

Mengambil semangat yang diambil dalam tahun memperkasa wanita ini, sekitar 15,000 hingga 20,000 yang akan mendapat faedah pinjaman TEKUN tahun ini. Beliau mengharapkan melalui pinjaman ini dapat membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan, memiliki aset sendiri dan berjaya di masa hadapan.

Didoakan semoga para usahawan di luar sana tidak berputus asa untuk bangun dalam membina kerjaya dan mendapat manfaat sebaiknya daripada inisiatif yang diberikan kerajaan untuk membuat pinjaman terutamanya kepada kaum wanita.

DSCN2828.JPG

Layari laman web https://www.tekun.gov.my/ untuk mendapatkan makumat lanjut.

Leave a Reply