KEJAYAAN USAHAWAN WANITA BUKTI PILIHAN BIJAK PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah usahawan TEKUN yang telah berjaya menempa nama dalam industri perusahaan? Dan pasti ramai yang mula terfikir benarkah dengan membuat pinjaman mampu membuatkan diri seseorang berjaya?

Yang membuatkan anda risau mungkin datang dari keyakinan diri atau pengalaman pahit yang pernah membuatkan diri anda jatuh ketika mula berniaga. Baru-baru ini, team kami bersama Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Norazita Abdul Rahman telah membuat lawatan usahawan wanita TEKUN yang telah pun membuat pinjaman. Beliau adalah Husna binti Abdul Rahaman yang telah berniaga selama 18 tahun.

Kalau anda ingin tahu, Husna merupakan pemilik Tadika Generasi Inspirasi yang terletak di Kompleks Kejiranan Presint 9. Beliau telah membuat pinjaman pembiayaan bermula tahun 2007 sehingga kini. Bermula dengan RM10,000 kepada pinjaman maksima RM100,000 membuktikan kesungguhan beliau dalam bidang perniagaan.

DSCN2823

Menurutnya, dana yang diberikan amat membantunya. Sebagai ibu tunggal yang memiliki dua cahaya mata, kejayaan yang dikecapinya itu turut mempunyai pelbagai cabaran terutamanya dari aspek kewangan. Namun, perkara itu bukanlah penghalang untuk beliau memulakan kerjaya walaupun pada ketika itu hanya 5 orang sahaja pelajar yang berdaftar di bawahnya.

Kini, beliau telah mempunyai 8 cawangan di sekitar Putrajaya, Bangi dan Cyberjaya. Dalam jumlah itu terdapat 453 pelajar di seluruh cawangan. Beliau juga membuka taska untuk bayi. Hebatkan?

Ketika ditemui, beliau menyifatkan memilih TEKUN adalah pilihan yang sangat bijak dan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek atas pengumuman sebanyak RM250 juta kepada usahawan melalui TEKUN Nasional.

Dana itu membantu untuk mempertahankan hak-hak wanita terutamanya ibu tunggal sepertinya. Katanya lagi, Inisiatif kerajaan itu merupakan usaha berterusan dalam memperkasakan wanita. Wanita diharapkan mengambil peluang itu sebaiknya dan menggunakan pinjaman dengan lebih berhemah di masa hadapan.

Leave a Reply