WUF9 : MEWUJUDKAN BANDAR LESTARI YANG BERINOVATIF

Apakah yang dimaksudkan dengan kelestarian? Pasti anda pernah dengar perkataan “lestari” ini. Sedap didengar bukan?

Perkataan ‘lestari‘ membawa maksud yang sangat ekslusif. Rata-rata menggunakan sebagai lambang menjaga keaslian, perlindungan daripada kemusnahan dan mengekalkan keadaan sekeliling. Dalam erti kata mudah, semua keperluan hidup bergantung samaada secara langsung atau tidak langsung terhadap alam semula jadi.

Selaras dengan itu, negara kita telah melakukan pelbagai kaedah yang membantu untuk menjaga bumi hijau daripada berlakunya pelbagai bentuk pencerobohan. Antara inisiatif yang diambil kerajaan adalah menganjurkan Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang telah membuka tirai bermula 7 hingga 13 Februari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Forum dengan tema Bandar 2030, Bandar Untuk Semua: Melaksanakan Agenda Bandar Baharu itu disertai 89 Menteri dan Timbalan Menteri dari 61 negara serta 24,700 delegasi dari 192 negara.

Platform ini bertujuan melestarikan bandar seluruh dunia dengan reka bentuk lebih inovatif serta visi jangka panjang meliputi ekonomi hijau dan perlindungan budaya sekali gus menjamin bandar yang inklusif untuk semua.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menyifatkan bahawa keperluan itu wujud berikutan lebih 50 peratus populasi dunia tinggal di kawasan bandar di negara masing-masing. Kerajaan juga berharap Malaysia berada dalam zon selamat, inklusif, berdaya tahan, mapan dan mampu mentadbir urus bandar yang cekap.

Oleh itu, Ayuh bersama-sama kita mengambil tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian negara untuk masa hadapan kita.

Leave a Reply