Kerajaan pastikan bantuan sampai kepada mangsa banjir di Sarawak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memantau dan memastikan bantuan banjir sampai kepada mangsa di Sarawak.
Beliau berharap agar mangsa banjir di negeri itu tabah dan mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
“Saya ambil maklum keadaan banjir di Sarawak, kerajaan akan pantau dan pastikan bantuan sampai kepada mangsa. Semoga semua tabah dan mengikuti panduan pihak berkuasa,” katanya menerusi Twitternya hari ini.
Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,859 orang merangkumi 1,463 keluarga setakat 8 malam ini.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata keadaan banjir yang semakin memburuk itu menyaksikan penambahan 257 mangsa berbanding 4,602 orang yang dicatatkan petang tadi.
sumber: BERNAMA

Leave a Reply