KEKAL MENJAGA KEAMANAN NEGARA, RAKYAT MALAYSIA HARUS AMBIL IKTIBAR.

Masyarakat harmoni adalah masyarakat yang mementingkan keamanan dan perpaduan dalam sesebuah negara. Tanpa asas ini, negara akan dilihat tiada toleransi dan berpecah belah seperti terwujudnya pergaduhan, hinaan dan cacian. Inikah budaya Malaysia yang kita hendakkan? Tidak malukah apabila berhadapan dengan pelancong atau pihak dari luar negara apabila situasi ini berlaku?

Masih ingatkah anda semua peristiwa 13 Mei 1969 yang menyayat hati? Peristiwa titik hitam yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi rusuhan kaum yang telah meragut banyak nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969”.

Peristiwa bersejarah tersebut perlulah menjadi iktibar kepada ramai pihak agar sentiasa mengekalkan kesepakatan dan semangat kerjasama dalam masyarakat berbilang kaum.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, masyarakat perlu bersyukur kerana dapat hidup selamat, aman dan makmur dalam sebuah negara, tidak seperti di sesetengah negara lain. Beliau berucap sempena lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Beruang. Difahamkan seramai 85 orang atau 10 peratus daripadanya terdiri daripada murid Melayu.

Tambahnya, kini semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke SJKC bukan kerana tidak yakin dengan sistem pendidikan negara. Namun mereka ingin anak-anak menguasai bahasa mandarin dengan baik. Itulah yang sebaiknya agar anak-anak dididik bersemangat patriotik sejak dari kecil. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Leave a Reply