BASMI “PENYAKIT” SUKA MEREKA-REKA CERITA, KERAJAAN AMBIL LANGKAH ADA PERTEMUAN

Berita palsu yang semakin tersebar menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Hendak ditegah, katanya nanti “mulut sendiri”, kalau tidak ditegah, makin merebak umpama virus yang boleh membinasakan badan.

Begitulah kebimbangan yang sewajarnya kita rasai dalam membasmi “penyakit” suka mengarang cerita palsu ini, terutamanya apabila melibatkan keselamatan negara. Perkara ini pastinya membahayakan semua pihak.

Bayangkan seandainya pihak luar masuk campur urusan negara akibat daripada penularan berita palsu, sudah pasti mereka akan mengambil kesempatan dalam kesempitan yang dilalui dalam negara ini.

Semua pihak tanpa berbeza latar belakang perlulah ketepikan dahulu isi kepentingan politik dan memikirkan kesan akibat penyebaran berita palsu. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk berbincang mengenai pembentukan undang-undang baharu berhubung berita palsu dalam Dewak Rakyat Mac depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang turut risau dengan keadaan semasa di Malaysia mengharapkan agar mendapat kerjasama dari pihak pembangkang dan tidak membuat tuduhan melulu atas pelaksanaan akta tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menjaga nama baik negara dan tidak menjatuhkan mana-mana pihak dengan penyebaran berita palsu. Sikap saling menghormati dalam kalangan individu perlu diwujudkan. Kalau tidak dibentuk dari sekarang, kelak binasalah sesebuah masyarakat.

JOM HENTIKAN BERITA PALSU!
AMALKAN SIKAP SALING MENGHORMATI~

Leave a Reply