APLIKASI HUJUNG JARI “TEKUN PAY”

Berita baik buat seluruh usahawan hebat!
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) telah membangunkan satu aplikasi bayaran balik pinjaman kepada usahawan dengan cara yang lebih mudah, pantas dan di mana-mana sahaja tanpa had masa.
Aplikasi yang dimaksudkan adalah “TEKUN Pay” di mana anda boleh membuat bayaran balik pembiayaan, menyemak rekod bayaran dan jumlah tunggakan pembiayaan. Anda juga dapat membuat semakan baki pembiayaan yang perlu dijelaskan kepada TEKUN Nasional.
Caranya, anda hanya perlu membuka playstore dan mencari aplikasi “TEKUN Payment Channel”.Percuma sahaja dan tiada caj yang dikenakan. Oh ya! Anda risau data peribadi akan tersebar? Jangan risau sebab “TEKUN Pay” dilakukan secara telus dan berintegriti. Semua rekod pembayaran dan data disimpan dengan selamat.
Berdasarkan pemerhatian melalui beberapa review di playstore, ramai yang telah menggunakan aplikasi ini, hasilnya mendapati mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Seiring menuju era teknologi digital, masyarakat gemar menjadikan telefon bimbit sebagai “teman” dalam kehidupan seharian. Bahkan setiap waktu, ramai usahawan menggunakan telefon bimbit sebagai peranti berurus niaga secara atas talian.
Melalui kaedah itu, TEKUN Nasional mengambil inisiatif untuk membantu para usahawan yang telah membuat pinjaman TEKUN dengan membuat bayaran balik pinjaman hanya menggunakan hujung jari.
Oleh itu, buang kerisauan anda dan muat turun aplikasi “TEKUN Pay” sekarang.
Semoga aplikasi ini bermanfaat kepada anda semua!

Leave a Reply