‘TEKUN PAY’ Pilihan Usahawan Tekun Masa Kini

TEKUN Nasional telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih “TEKUN Pay” sebagai inisiatif mempelbagaikan saluran bayaran balik pembiayaan usahawan TEKUN. Pelancaran Aplikasi Mudah Alih ” TEKUN Pay” ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani sempena di Putrajaya hari ini. Turut hadir ke majlis ini adalah Pengerusi TEKUN Nasional iaitu Dato’ Norazita Abdul Rahman.

Kerajaan melalui TEKUN Nasional telah menyalurkan dana pembiayaan perniagaan bagi membantu golongan peniaga kecil untuk memula dan mempertingkatkan perniagaan sedia ada. Sejak diwujudkan pada tahun1998, TEKUN Nasional telah memberi pembiayaan perniagaan kepada 402,259 orang usahawan, dengan bilangan pinjaman sebanyak 526,281 yang bernilai RM 4.99 bilion di seluruh negara. Ini menunjukkan kerajaan melalui TEKUN Nasional sememangnya komited dalam membantu usahawan melayu dan bumiputera.

Bagi memastikan pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan dapat dikutip semula, TEKUN Nasional juga telah mengambil inisiatif mempelbagaikan saluran bayaran balik. TEKUN Nasional menyahut cabaran menuju arah era digital dengan menyediakan Aplikasi Mudah Alih ‘TEKUN Pay’ yang relevan masa kini tanpa tunai, tanpa kertas dan lebih sistematik untuk kemudahan usahawan dengan kerjasam RHB Islamic Bank.

Usahawan boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyemak maklumat akaun pembiayaan & membuat bayaran balik pembiayaan secara dalam talian (online) ianya lebih praktikal dan mudah. Aplikasi ‘TEKUN Pay’ boleh dimuat turun melalui android playstore dan apple ios. Melalui aplikasi ini juga usahawan TEKUN boleh membuat bayaran menggunakan internet banking melalui bank yang menggunakan Finacial Process Exchange.

Sejak aplikasi ini didaftarkan di ANdroid Playstore pada bulan Julai yang lalu, sebanyak 2,391 aplikasi telah dimuat turun dan sebanyak RM 197 ribu telah berjaya dikutip melalui aplikasi ‘TEKUN Pay’. Walaupun aplikasi ini belum dilancarkan, tetapi telah ada usahawan TEKUN yang menggunakannya.

Pelancaran Aplikasi Mudah Alih “TEKUN Pay” ini telah diadakan sempena dengan Seminar Asas Keusahawanan Peringkat Negeri Selangor. Seramai 500 usahawan sekitar Negeri Selangor telah hadir ke seminar ini yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Putrajaya hari ini.

Sehingga Januari 2018 sebanyak 693 siri Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional telah dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan usahawan seramai 169,932 orang seluruh Malaysia. Negeri Selangor sahaja sehingga Januari 2018, sebanyak 54 siri seminar telah dilaksanakan melibatkan penyertaan seramai 8,610 usahawan.

Inisiatif ini adalah selari dengan hasrat dan matlamat penubuhan TEKUN Nasional dalam menyediakan pembiayaan mikro dan perkhidmatan sokongan pembangunan keusahawanan . Melalui inisiatif ini dapat membantu usahawan meningkatkan perniagaan di samping meningkatkan pendapatan dan seterusnya taraf ekonomi mereka

Leave a Reply