3 kali lebih tinggi Saham DRB-HICOM

- Selepas DRB-HICOM mengambil alih Proton pada tahun 2012, mereka telah kerugian berbilion ringgit
setiap tahun. - Masalah Proton menjadi sangat serius sehingga mengancam menjatuhkan seluruh kumpulan DRB-HICOM serta 60000 pekerjanya.
- Terdapat 60,000 lagi pembekal proton yang juga berdepan dengan risiko. Pada masa itu, pihak pembekal mengadu bahawa mereka tidak mendapat bayaran dari Proton.
- Tun Mahathir sebagai penasihat Proton dan kemudiannya Pengerusi, gagal menghentikan kemelesetan pendapatan Proton.
- Kerunsingan masalah dalam harga saham DRB-HICOM boleh dilihat dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Kebimbangan pelabur terhadap prestasi DRB-Hicom kemudian menyebabkan harga saham jatuh kepada 80 sen pada Mei 2017.
- Selepas Proton mengumumkan JV dan penjualan 49% daripada sahamnya kepada Geely pada Mei 2017, keyakinan pelabur kembali.
- Saham DRB-HICOM kini beransur pulih dan 3 kali lebih tinggi, ditutup pada RM2.58 pada 26 Januari 2018.
- Sekiranya DRB-HICOM gagal, ini akan mengundang bencana kepada ekonomi kerana kumpulan DRB-Hicom yang “diverse” dan mempunyai pinjaman dengan pelbagai bank.
LSS