MALAYSIA NEGARA DIYAKINI NOMBOR SATU DI DUNIA

Dalam memacu Malaysia sebagai sebuah negara membangun, pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi menjana pendapatan dan ekonomi negara selaras dengan peningkatan era digital teknologi masa kini.
Antara inisiatif bijak yang diambil adalah bekerjasama dan membina persefahaman dengan negara seperti India, China, Jepun dan juga beberapa negara yang lain.
Malaysia yakin bahawa dengan menjadi negara pertama yang diyakini dalam
aspek pembangunan infrastruktur, akan lebih menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Sebagai contoh, Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China yang melaksanakan inisiatif pengurusan trafik bandar raya bestari, City Brain, yang dibangunkan Alibaba Cloud.
Inisiatif yang dipacu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Alibaba Cloud ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan ketara, di samping meningkatkan keselamatan jalan raya dan kecekapan perkhidmatan kecemasan.
Bukan itu sahaja, apabila dilihat dari aspek teknologi, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang diyakini untuk menjadi negara pertama sebagai pangkalan pengeluaran Stethee (sistem stetoskop bercirikan Kecerdikan Buatan (AI).  Sistem ini membantu meningkatkan pendapatan eksport untuk Malaysia dan membuka peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat negara ini.
Peluang ini perlulah dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu padu membentuk negara yang dikenali ramai. Kerjasama yang bermanfaat seharusnya diambil dengan sebaik-baiknya. Sebagai rakyat, kita perlulah yakin bahawa pelbagai peluang hebat bakal disusuli dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply