“KITA TIDAK MAHU SESIAPA KETINGGALAN, PERLULAH BERLAKU ADIL” – DATO’ SERI NAJIB RAZAK

“Kita tidak mahu ada siapapun ketinggalan, ini berdasarkan kepada prinsip dalam agama Islam kita bahawa bila kita memerintah, Tuhan perintah kita supaya kita menjadi pemimpin yang adil kepada semua, maknanya jangan berlaku ketidakadilan, kita mesti berlaku adil” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan bernilai RM572 juta.

Projek PLSB Sungai Kelantan, adalah antara projek besar yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini untuk manfaat rakyat.

Katanya, projek ini diharapkan dapat mengatasi masalah banjir setiap tahun, sekali gus melenyapkan mimpi ngeri banjir besar pada 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Kelantan adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adil kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Selain tidak mahu rakyat negeri ini ketinggalan, kerajaan yang dipimpinnya komited untuk memajukan Kelantan supaya setanding dengan negeri lain di negara ini.

Oleh itu, semua pihak termasuk kerajaan negeri diharapkan akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan pelaksanaan semua projek pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan.

Leave a Reply