MoU mempertingkat perusahaan PKS 

Empat Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dengan India.
MOU yang bertujuan meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan sektor berkenaan di kedua-dua negara disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Menteri Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana India, Giriraj Singh.
Antara tujuan empat MOU diadakan adalah:
1) Meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan PKS di kedua-dua negara
2) Meningkatkan daya saing mereka di pasaran antarabangsa.
Mou ketiga bernilai US$20 juta (US$1=RM3.8) turut ditandatangani antara Malamega Ltd (Malaysia) dan Puspathy Enclave Pvt Ltd bagi meneroka  pencarian dan pembekalan bahan api fosil, pembangunan tenaga hijau boleh diperbaharui dan usaha perniagaan bersama untuk perdagangan arang batu dan bahan api lain.
MoU keempat adalah antara Orchid Life Sdn Bhd dan Vimta Labs Limited (India) yang bernilai US$960,000 melibatkan kajian praklinikal dan klinikal ke atas ekstrak kacip fatimah bagi kegunaan anti obesiti, kata Najib.
Kesemua perjanjian itu dimeterai di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India yang dihadiri Perdana Menter i sempena ulang tahun ke-25 dialog ASEAN-India.

sumber: BERNAMA

Leave a Reply