PROGRAM CTU AKAN DILAKSANAKAN

52 PROGRAM CTU BAKAL DILAKSANAKAN – JAILANI JOHARI

Kerajaan bakal mewujudkan 52 lagi Program NBOS Menghubung Menyatu (CTU) pada tahun ini. Program yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta di bawah Strategi NBOS dilaksanakan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan bandar.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari, sebanyak 78 Program CTU telah dilaksanakan di seluruh Malaysia yang dapat dimanfaatkan secara berterusan kepada 403,000 rakyat di kawasan pedalaman.

Tumpuan program tersebut adalah :
1) Membaikpulih kediaman
2) Menyedia dan naiktaraf kemudahan internet
3) Pembinaan menara komunikasi.

CTU yang bakal dilaksanakan ini bukan sahaja melahirkan masyarakat berdigital, malah memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat Malaysia punyai akses kepada internet menjelang tahun 2025.

NBOS.jpg

sumber : SINAR ONLINE

Leave a Reply