PROGRAM 1MPAK MENYASARKAN 250,000 PELUANG PEKERJAAN

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) semalam dengan menyasarkan 250,000 peluang pekerjaan.

Menurut Ismail Sabri, peringkat pertama program tersebut adalah menjelajah di 26 daerah terpilih di Perak, Pahang, Kelantan, Kedah, Perlis, Johor, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

IMPAK yang diterajui oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka peluang pekerjaan kepada belia di kawasan luar bandar dengan gaji yang ditawarkan minimun RM 1,500 sebulan.

Sebanyak 70 syarikat terlibat dalam IMPAK dan ianya merupakan sebahagian program jangka panjang MARA dalam 10 tahun akan datang.

Syarikat-syarikat terlibat adalah:
1) Perkhidmatan perniagaan
2) Elektrikal dan elektronik
3) Automotif
4) Aeroangkasa

program1mpak.jpg

Leave a Reply