MEMPERKASA PEMASARAN DIGITAL MELALUI “GROOM BIG”

 

Program “Groom Big” anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneurship Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) bakal menyaksikan pengibatan 40 syarikat Bumiputera.

Latihan perniagaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diseluruh negara akan dipertingkatkan dan penekanan terhadap aspek pemasaran dalam talian dan pemasaran digital akan diberikan.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Maslan, PKS perlu lebih memahami ledakan revolusi industri 4.0 memandangkan antara komponen IR 4.0 ialah pemasaran digital. Mereka juga perlu melibatkan diri dalam e-pemasaran, kerana tanpanya mereka akan terus ketinggalan.

Tujuan “Groom Big” dilaksanakan adalah meningkatkan taraf syarikat yang telah mendapat rating SCORE sebanyak tiga bintang kepada sekurang-kurangnya empat bintang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.groombig.biz/

SUMBER : BERNAMA

Leave a Reply