GST : MALAYSIA YANG TERENDAH DI DUNIA

Cukai Barangan dan Perkhidmatan; GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015 disifatkan sebagai menyelamatkan negara daripada terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan, kerajaan tiada cadangan untuk menaikkan kadar GST tahun ini.
Kadar GST 6 peratus adalah yang terendah di dunia dan jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan juga mungkin adalah terbanyak di dunia.
Beliau berkata langkah Malaysia memperkenalkan GST telah diikuti negara seperti Arab Saudi menyakinkan bahawa kita berada di landasan yang betul. Hasilnya tahun lepas, sebanyak RM44 bilion dikumpulkan berbanding RM41 bilion pada 2016.
SUMBER : BERNAMA

Leave a Reply