MALAYSIA TERUS KEKAL UTUH BEKERJASAMA DENGAN INDIA

Perdana Menteri India Narendra Modi telah mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bersempena sambutan ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-INDIA semalam.

Turut hadir sidang kemuncak tersebut adalah 10 pemimpin negara anggota ASEAN.
Lawatan Najib yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor diadakan selama dua hari.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Ramlan Ibrahim Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia yang turut disertai Menteri Kesihatan dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sidang Kemuncak bertemakan ‘Nilai Bersama, Matlamat Bersama’ itu penting dalam meningkatkan kerjasama ASEAN dan India dalam pelbagai bidang khususnya dalam usaha memerangi keganasan, kesalinghubungan serantau, perdagangan dan perniagaan.

“Kerjasama Malaysia dan India telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam pelbagai bidang kerjasama sejak lawatan terakhir perdana menteri terutamanya ekonomi dan perdagangan, perhubungan udara, infrastruktur dan pertahanan,” katanya.

Kepentingan itu dijangka diperakukan oleh pemimpin-pemimpin ASEAN dan India dalam dokumen bertajuk ‘Deklarasi Delhi dan antara isu yang dijangka dibincangkan adalah kerjasama ASEAN-India dalam ekonomi biru.

Ekonomi biru ialah satu pendekatan sistematik yang bertujuan menjaga keseimbangan ekosistem, ekonomi dan sosial.

Selain menghadiri sidang kemuncak itu, perdana menteri bersama-sama ketua negara anggota ASEAN akan menghadiri Hari Republik India ke-69 sebagai tetamu kehormat pada Jumaat (26 Jan) dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah sebagai tetamu kehormat.

sumber: BERNAMA

Leave a Reply