PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN KESIHATAN ATM

Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017-2050 sebagai hala tuju agenda kesihatan warga itu bagi menyokong program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Teras hala tuju yang dirangka menerusi pelan tersebut merangkumi lonjakan strategik berdasarkan jangka masa panjang bagi menjaga kebajikan warga ATM, pesara, ahli keluarga tentera dan penduduk sekitar.

Antara enam teras utama pelan transformasi ini adalah
1) kesiagaan
2) keselamatan
3) kebajikan warga
4) diplomasi pertahanan
5) transformasi PLKN 2.0
6) perumahan.

Ia bukan sahaja memberi faedah kepada anggota ATM tetapi kepada seluruh warga ATM, keluarga mereka, veteran dan penduduk sekitar sekaligus menaik taraf infrastruktur kesihatan untuk hospital angkatan tentera dan memperkasakan sistem pengurusan yang berkualiti.

 

image (5).jpg

Leave a Reply