MALAYSIA – ARAB SAUDI : MENGUTUK SERANGAN YANG MEMBAWA KEPADA KEANCAMAN KEAMANAN.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata bahawa Malaysia dan Arab saudi akan terus bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan negara beraja itu.

Hal ini bukan sahaja membawa kepada keamanan, malah memupuk semangat perpaduan dan memboikot sekeras-kerasnya isu yang akan membawa kepada keancaman yang hanya mencetuskan kestabilan rantau dan ummah Islam di dunia.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, Saya mengutuk tindakan (serangan peluru berpandu oleh puak Houthi Yaman ke atas bandar-bandar di Arab Saudi). Dengan menyasarkan Kota Suci Mekah, mereka benar-benar mencabuli teras kepercayaan kita. Niat mereka ialah untuk menyerang Kota Suci adalah sama seperti melanggar rukun Islam yang menjadi tiang agama,”kata Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau menyampaikan ucapan itu di Jeddah semalam pada Mesyuarat Tergempar Menter-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam yang diadakan untuk mengambil tindakan segera terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh puak Houthi.

Hishammuddin menyifatkan serangan ke atas Riyadh dan Makkah sebagai terang-terang mencabuli kedaulatan Arab Saudi sambil menambah ia juga menimbulkan ancaman terhadap keamanan dan keselamatan, serantau dan global.

 

sumber: Bernama

Leave a Reply