PERUMAHAN MAMPU MILIK – FOKUS UTAMA KERAJAAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menyifatkan fokus utama kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah menyediakan perumahan mampu milik kepada setiap lapisan masyarakat.
Sejak tahun 2009, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menyediakan perumahan mampu milik.
“Setiap bajet Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana bagi merealisasikan aspirasi rakyat berkaitan perumahan, dan terbaru dalam Bajet 2018, sejumlah RM2.2 bilion diperuntukkan bagi meneruskan usaha menyediakan perumahan untuk semua,” kata beliau dalam catatan terbaharunya yang bertajuk ‘Perumahan Untuk Semua’ di blog NajibRazak.com.
Berikut merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membantu rakyat di Malaysia…
1) Melaksanakan Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah iaitu antara RM35,000 hingga RM42,000.
2) Melaksanakan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disediakan dengan kerajaan membina rumah pada kos RM65,000.
3) Pembinaan Rumah Idaman Rakyat pula membina rumah atas tanah kurniaan kerajaan negeri atau persekutuan pada harga tidak melebihi RM350,000 dengan jualan diutamakan diwujudkan bagi pembeli Orang Kelainan Upaya atau ibu tunggal
4) Melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000.
5) Terdapat juga Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang menyasarkan rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan yang ingin membeli rumah pertama mereka. Rumawip dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,00.
Terdapat pelbagai lagi inisiatif yang kerajaan laksanakan atas dasar keprihatinan kerajaan kepada keinginan dan keperluan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri termasuk golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan sederhana dan mereka yang mungkin tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar deposit.
 fokus utama

Leave a Reply