Jangan takut menderma darah!

Apabila mendengar perkataan menderma darah, pastinya ramai fobia membayangkan jarum yang tajam atau mungkin memikirkan darah akan kekurangan di dalam badan, maka badan akan jadi lesu dan sebagainya.

Sumbangan anda ini sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah. Kita digalakan untuk menderma sekurangnya-kurangnya sekali setiap tiga bulan.

Jadi penderma perlu benar-benar sihat untuk menderma kerana mereka perlu menjalani saringan kesihatan dan perlu tahu jenis darah sama ada A, B, AB atau O serta faktor Rhesus sama ada antigen positif atau negatif. Nampak tidak pentingkan kan? Tapi hakikatnya,ia merupakan maklumat yang penting bagi Pusat Darah Negara.

Secara faktanya, terdapat beberapa kelebihan apabila menderma darah. Jom kita ketahui dengan lebih menarik info mengejut ini.

1) Mengurangkan berat badan
2) Pemeriksaan percuma
3) Mendapat rawatan di wad hospital kelas 1
4) Diberikan Vaksinasi Hepatitis B
5) Menambah sel darah
6) Mengurangkan risiko kanser
7) Mengurangkan risiko sakit jantung

Jadi, jom kita sama-sama menjadi penyumbang kepada penderma darah di Malaysia dan membantu masyarakat tanpa berbilang kaum, agama, jantina dan bangsa. Ini tanda sokongan kita kepada perpaduan negara kita…!

derma darah.jpg

Leave a Reply