Buat semua PENJAWAT AWAM YANG MENYOKONG PEMBANGKANG

Ramai penjawat awam yang marah bila ada gesaan untuk mengambil tindakan terhadap penjawat-penjawat awam yang menyokong pembangkang.

Mereka kata itu hak mereka untuk menyokong apa yang mereka percaya.

Mereka kata ini negara demokrasi.

Mereka tidak boleh dipaksa emnyokong kerajaan walaupun ‘periuk nasi’ mereka jelas datangnya dari bajet kerajaan.

YANG PERLU KITA FIKIRKAN…

  1. Semua penjwat awam telah menandatangani Akta Rahsia yang ‘mewajibkan’ mereka berikrar taat setia berkhidmat kepada kerajaan tanpa membocorkan  rahsia kerajaan. JUJURKAH mereka ketika menandatanganinya???
  2. Apakah mereka dapat merealisasikan hala tuju  dan dasar kerajaan  dengan penug ketelusan dan ketulusan jika di hati mereka tersemat rasa benci pada kerajaan sebagai majikan mereka???
  3. Tidakkah akan berlaku kecairan maklumat dan info jika mereka berkencederungan untuk ‘menumbangkan’ kerajaan sedia ada dan diganti dengan kerajaan baru yang mereka idamkan???
  4. Apakah mereka tiada rasa bersalah apabila mencaci maki majikan mereka tapi dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan sebagai penjawat awam dan menuntut ianya dipertingkat mutu setiap kali???
  5. Anggaran 80% penjawat awam adalah bangsa Melayu, dan majoriti penjawat awam ialah guru, kakitangan kesihatan, askar dan polis. Malangnya  pembangkang berulangkali memberitahu akan mengurangkan jumlah penjawat awam yang bermaksud menjejaskan ekonomi majoriti bangsa Melayu itu. Tidakkah mereka ‘namoak; dan terfikir akan hal itu???

Buat semua PENJAWAT AWAM YANG MENYOKONG PEMBANGKANG,

Tepuk dada tanya hati, Tepuk kepala tanya akal, Tidakkah mahu rasa bersyukur dan menjauhi kufur?

Sekadar bertanya…..

 

Kredit: Dinda Alin Sarimah

Leave a Reply