RUMAWIP Selesa Warga Ceria

Dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit. RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan, di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehingga Disember 2017, KWP Berjaya membina sebanyak 89.44% daripada keseluruhan unit RUMAWIP dengan jumlah 71, 554 unit. 3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata. RUMAWIP mensyaratkan sekatan penjualan dalam tempoh 10 tahun dan unit yang dibeli perlu didiami oleh pembeli dan tidak boleh disewakan.

jenis_rumawip.PNG

Untuk lihat senarai projek di Kuala Lumpur —> https://rumawip.kwp.gov.my/project

Kelayakan:
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Dilahirkan, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
4. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (suami & isteri)

Untuk daftar permohonan, sila layari  https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan

Leave a Reply