KEWAJARAN PENGGUNAAN KAD SISWA 1 MALAYSIA

KEWAJARAN PENGGUNAAN KAD SISWA 1 MALAYSIA

Kad Siswa 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai KADS1M merupakan satu inisiatif baru bagi menggantikan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M).

Kad yang diedarkan secara percuma ini telah diperkenalkan pada tahun 2017 oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban kewangan pelajar untuk membeli kelengkapan alat tulis, buku dan sebagainya.

Namun, terdapat netizen yang mengganggap bahawa penggunaan KADS1M ini menyebabkan industri buku sedang jatuh teruk. Hal ini disebabkan siswa/i menggunakan kad ini untuk membeli benda selain buku.

Tidak seharusnya perkara ini diisukan disebabkan kerajaan telah memberikan inisiatif ini untuk para pelajar membeli peralatan alat tulis dan buku. Ianya bagi menjimatkan kos pengeluaran duit yang lebih banyak untuk membeli. Selain itu, bagi pelajar yang layak, bantuan RM250 BB1M akan dikreditkan ke akaun bank melalui KADS1M.

Sikap netizen yang tidak menggunakan KADS1M ini sebaik mungkin sendiri yang sebenarnya telah menyebabkan berlakunya hal-hal seperti berlakunya kes-kes gulung tikar dalam kalangan penerbit buku. Malah beranggapan bahawa buku semakin dilupakan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kita seharusnya lebih bersikap rasional dan mengambil langkah yang bijak apabila mendapati berlakunya keadaan sedemikian. Kerajaan telah membantu dan memberikan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat. Maka, rakyat perlu mencoraknya dengan baik.

Sebagai contoh, menggunakan KADS1M ini melalui cara yang betul dengan membeli peralatan alat tulis dan buku secara serentak dan lebih menjimatkan. Siswa/i sendiri juga perlu mengambil inisiatif untuk menanamkan sikap membaca dan menggunakan kad itu untuk membeli buku atau majalah.

Bukan itu sahaja, syarikat yang mengambil bahagian juga akan mendapat faedah dengan menyertai program / acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh KDPNKK dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

 

photo_2018-01-17_12-07-24photo_2018-01-17_12-07-27photo_2018-01-17_12-07-30photo_2018-01-17_12-07-40

Leave a Reply