ISU FELDA : HENTIKAN PENYEBARAN PALSU

Isu Felda menjadi perbualan hangat apabila dilaporkan Felda telah kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta.

Berhubung perkara tersebut, terdapat netizen yang cuba untuk menyebarkan berita palsu sedangkan polis masih membuat siasatan.

Penyebaran palsu bertajuk “FELDA kena bayar 2 bilion untuk miliki tanah itu semula” yang turut menggunakan gambar temubual ekslusif BH bersama pengerusi Felda di beberapa laman sosial adalah tidak benar sama sekali !

Hal ini berikutan, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan Felda telah mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos semalam.

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menegaskan audit forensik dan polis masih meneruskan siasatan walaupun Felda telah mendapat kembali hak milik tanah itu.

Rakyat diminta untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu sehingga menjejaskan siasatan terhadap pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah yang melibatkan empat transaksi jual beli pada Disember 2015 dan November 2016 menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Felda dan SPSB di ibu pejabat Felda.

Leave a Reply