Dah lama kerajaan Malaysia buat pelbagai insentif untuk penjawat awam.

Ramai pulak yang tuduh kerajaan dan DS Najib tidak berbuat apa-apa macam Arab Saudi yang menaikkan gaji bulanan kakitangan awam dinaikkan sehingga 1,000 riyal (RM1,067) tahun depan sebagai pampasan kepada peningkatan kos hidup selepas kerajaan menaikkan harga minyak dan memperkenalkan cukai nilai tambahan (VAT).

Selain pemberian BR1M untuk semua rakyat yang layak, dah lama kerajaan Malaysia buat pelbagai insentif untuk penjawat awam. Antaranya:

* Menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 7% hingga 13% pada tahun 2012.

* Menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012.

* Penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak 3% setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

* Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam. Antaranya menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimum kepada RM300 sebulan pada 2015.

Bajet 2017:

* Kemudahan cuti belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini akan diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana.

* Memberikan cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod selama lima hari.

* Memperolehi kemudahan pembiayaan yang diperluaskan meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga RM5,000 untuk setiap 3 tahun yang mana sebelum ini hanya diberikan kepada pembelian komputer.

* Had pinjaman pembelian motosikal bagi Penjawat Awam akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

* Menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya RM600,000, kini dinaikkan kepada RM750,000.

* Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan sekurang-kurangan 20 peratus dibawah harga pasaran iaitu antara RM90,000 hingga RM300,000.

* Kerajaan turut akan melanjutkan kontrak selama setahun lagi bagi pegawai ‘contract of service’ dan ‘contract for service’ yang akan tamat pada penghujung tahun 2016.

* Mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat dengan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.

Bajet 2018:

* Antara pemberian insentif dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam termasuklah kenaikan pangkat berasaskan masa kali kedua untuk Kumpulan Pelaksana, Waktu Kerja Fleksi bagi pakar perubatan, penambahan Waktu Kerja Berperingkat, pemberian Cuti Tanpa Rekod untuk menunaikan umrah dan peningkatan pencen terendah kepada RM1,000 untuk mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

* Selain itu, turut diberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 bagi penjawat awam yang akan dibayar pada Januari 2018 sebanyak RM1,000 dan RM500 bersempena Aidilfitri. Pesara juga tidak ketinggalan menikmati RM750, dengan RM500 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Aidilfitri tahun 2018.

* Berkuat kuasa 1 Januari ini, penjawat awam lantikan tetap dan kontrak yang mengandung 5 bulan dan ke atas dibenarkan pulang satu 1 jam lebih awal daripada masa bekerja biasa. Kemudahan itu diberikan kepada semua penjawat awam termasuk yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Manfaat sama turut dinikmati suami penjawat awam berkenaan yang bekerja di lokasi berdekatan pulang bersama bagi membantu isteri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Leave a Reply