FELDA…Terima Kasih

Dahulunya Org tua memohon masuk Ke Tanah Rancangan Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) adalah disebabkan Faktor Kemiskinan kerana ketika itu Felda ditubuhkan dengan niat membasmi kemiskinan terutamanya bagi orang-orang Melayu.

Tahun 1978 Org tua diterima untuk masuk ke salah sebuah Tanah Rancangan Felda dan Faktor diterima adalah kerana Kemiskinan dan melengkapi syarat2 yang diminta ketika itu. Alhamdulillah.

Hari ni saya perlu ingatkan diri saya yang saya memang lahir dari sebuah keluarga yang miskin dan membesar dengan serba kekurangan di dalam Tanah Rancangan Felda ketika itu.

Nasi digaul telor dilimpahi kicap menu yang paling sedap ketika itu, kalau sekarang sedapnya macam makan nasi kukus ayam berempah lah kan. Kerana masa tu,itu je yang mampu dan itu lah makanan paling sedap masuk dalam mulut ni.

Sekarang saya dah besar panjang pun,dah berkeluarga saya perlu ingat detik itu, detik pasang lilin je malam2, detik tunggu bateri penuh cas baru boleh tengok otormen, tu pun tengok ramai2 kat rumah kawan2 yang ada televisyen. Ingat lagi jenuh tepuk juga televisyen tu nk bagi muncul gambar tak bergaris-garis..hahaha.

Atok seawal pagi dah ke ladang ketika itu, kalau cuti sekolah, kita ikut ayah kutip biji lerai,atok cakap untung biji lerai ni bahagi dua (ayat pancing dia) hahaha.. tak tahu lah untung ke,paling banyak upah 20sen je dapat. Banyak dah waktu tu,kumpul2 beli pistol yang boleh tembak keluar cebis api tu, tu pun kena pow peluru kawan2 sebab bajet tak ramai mana nak tangung peluru,bunyi dimulut je lah akhirnya…pam pam pam..

Kalau kena hujan sehari sebelum,kutip cendawan, balik mak goreng tepong,10 kali lagi sedap pada udang goreng tepong,sebab memang tak jumpa lah udang goreng tepong waktu tu kan.

Itu 20-30 tahun dahulu punya story mory, hari ni dah banyak perubahan, atok pun jarang sangat ke ladang dah yang 10 ekar tu. Dah ada FTP kan, so atok dah jadi bos. Tanya kat ketua blok je, amacam ladang aku? Kalau ke ladang pun anak2 je lah jenguk seketika.

Cukup bulan, ketua blok hantar sara hidup kt umah sblm di arahkan bank in,.. Atok pun dah ada kereta sendiri, ke sana sini selamber je drive, dulu mula2 masuk Felda motosikal pun tumpang2 sampai nak g mana2 naik motosikal je. Masa tu mana ada jalan raya, jalan balak lama tu lah atok cakap dia rempit..hahaha.

Alhamdulillah, hari ni aku kena kenang balik semua tu, hari ni dah jauh beza, motorsikal pun sampai sesak jalan kadang2 dalam Felda ni punyalah banyak, kereta kalau ada 2 biji kat rumah tu..dah jadi biasa dah. Rumah papan lagilah, payah nak jumpa.

Aku kena ingat, Org tua dulu miskin baru dapat masuk Felda ni, aku ni lahir daripada keluarga miskin, tak lah aku kaya hari ni, tapi cukup bersyukur aku ada kereta,ada keluarga..walau kadang2 belanja aku short tu, biasalah..salah aku jugak,makan nak sedap sangat,…dah nama gaya hidup aku kan,kenapa aku nak salahkan orang lain. Aku sendiri kena usaha lebih..hahaha.

Kalaulah dulu Org tua tak masuk Felda, hari ini, ada kah pendapatan Org tua?, ada kah Rumah?..adakah ladang?..adakah tanah?

Aku dah jadi generasi Felda sekarang, sampai masa aku pula kena menyumbang dalam Felda, aku tak kaya pun, tapi kalau panggil aku pertahankan felda yang boleh bagi manfaat pada orang lain..aku nekad akan pergi.

FELDA..terima kasih
FELDA..terima kasih
FELDA..terima kasih

Maafkan aku jika aku tersasar..
Maafkan aku jika aku terkasar..

Kerana terkadang aku lupa, keluarga aku dahulunya sangat miskin.

Syukur Ya Allah.

Coretan :
_*Mama G*_
*ReporterPakaiLipstik*💄
_Generasi Felda_

Leave a Reply