Untung rugi forex: Apa lagi fitnah Pakatan?

Top Dog Pakatan Tun M dan macainya penat “bersilat” menidakkan tuduhan bahawa urusniaga forex pada awal 1990an yang menyebabkan kerugian RM31.5 bilion (sekarang bernilai RM100 bilion) adalah seperti satu perjudian nilai masa hadapan tukaran mata wang asing dengan menggunakan rizab negara.
Mereka buat-buat lupa rakan Pakatan mereka Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim pada 1994 dan 2012 pernah menyifatkan urus niaga tersebut adalah “perjudian”. Jadi untuk alih fokus, Tun M cuba jaja isu kerugian urus niaga mata wang asing pada 2013-2016 bawah pentadbiran PM Najib Razak.

photo_2017-12-19_14-00-47

Rupa-rupanya, isu “kerugian” RM160 bilion diantara 2013 dan 2016 adalah tuduhan palsu semata-mata. Penipuan dibuat dengan hanya menunjukkan kenyataan kerugian manakala kenyataan keuntungan disorokkan. Bank Negara Malaysia telah melaporkan bahawa tiada kerugian malah keuntungan telah diperoleh iaitu RM5.5 bllion (2013), RM6.4 bilion (2014), RM7.8 billion (2015) and RM6.5 bilion (2016).
Jadi, apa agaknya tuduhan yang akan dibuat oleh Tun M untuk mengelakkan siasatan seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja baru-baru ini? Adakah mungkin bekas Gabenor BNM, Zeti Akhtar akan menjadi mangsa fitnahnya pula? Kita tunggu……
#TolakPakatanPRU14

Leave a Reply