MCA bersuara untuk selamatkan Malaysia

Pemimpin dan penyokong DAP mengamuk sakan apabila Presiden MCA, Liow Tiong Lai memberi amaran Malaysia dalam bahaya jika Lim Kit Siang menjadi PM. Tiong Lai yang sekian lama berdiam diri kerana tidak mahu menggugat sokongan Cina, akhirnya MCA terpaksa bersuara demi keamanan kerana Kit Siang memang bercita-cta menjadi PM.
Walaupun terdapat risiko dipanggil “budak suruhan UMNO”, Tiong Lai memilih untuk bersuara agar rakyat sedar bahawa Kit Siang sedang mempergunakan pemimpin Melayu dalam Pakatan untuk menjadi ketua negara. Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan konflik perkauman.

 

photo_2017-12-19_15-56-45

Sebelum 2008, MCA menjadi parti utama untuk masyarakat Cina dan negara ini jarang berdepan isu perkauman. Namun selepas 2008, pengaruh DAP makin kuat dan makin banyak juga timbul masalah perkauman yang bukan berpunca daripada masyarakat Cina tetapi DAP yang menyemai perasan syak wasangka antara kaum. Amaran Tiong Lai perlu dipandang serius kerana semakin ramai orang Melayu terpedaya dengan propaganda DAP kononnya mahu menyelamatkan negara dan menggunakan pemimpin Melayu dalam PKR, PAN dan PPBM untuk menipu.

Leave a Reply