Kerjasama yang baik di antara ibubapa dan guru dapat membentuk sahsiah anak-anak pada masa hadapan

Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, akhirnya beliau dihadap ke mahkamah di atas kesalahan menampar murid tersebut yang mempunyai masalah disiplin berat dan berulang iaitu menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain.

Walaubagaimana pun beliau atau Cikgu Azizan Manap berusia 44 tahun merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai Negeri Sembilan dibebaskan oleh Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi selepas menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan kes tersebut.

gambar-kartun-cikgu

Inilah cabaran masa kini yang dihadapi oleh guru-guru yang mendidik murid-murid di sekolah. Dalam mendidik dan memupuk sahsiah anak-anak ia seharusnya bermula dari rumah yang dibimbing oleh kedua ibubapa dan apabila di sekolah tugas tersebut akan di ambil alih oleh guru-guru yang diamanahkan. Ini bukan bermakna tugas mendidik anak-anak 100 peratus diletakkan dibahu guru tetapi  dan peribadi yang baik kepada anak-anak kita.

Oleh hal yang demikian, ibubapa usahlah menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik begitu juga guru-guru yang mahu melihat murid-muridnya mempunyai akhlak yang baik. Diakhir pertemuan bersama Cikgu Azizan beliau turut memaafkan ibubapa dan pelajar tersebut serta mendoakan yang terbaik kepada mereka dan tidak menyimpan apa-apa dendam. Apa yang terjadi tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus mendidik murid-murid di sekolah beliau.
#MediaWanitaMaya
#GuruPembinaNegaraBangsa

Disediakan oleh Tun Rahim

Leave a Reply