PM #NajibRazak bawa ‘suara’ Malaysia ke seluruh dunia.

PM Najib Razak berjaya membawa suara umat Islam di Malaysia yang menentang pemindahan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis. Dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Istanbul, menegaskan Malaysia senada dengan OIC yang keras membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Terkenal dengan kemahiran diplomasinya, Najib telah menyeru semua anggota OIC bersatu mempertahankah Baitulmuqqadis tetapi pada masa yang sama memujuk negara lain agar tidak terpengaruh dengan tidakan AS. “Kita perlu menolak trend negatif dan membuka laluan perbincangan damai bagi membolehkan jalan penyelesaian dua negara dicapai,” tegas Najib yang merupakan antara 57 pemimpin negara anggota OIC yang terpilih berucap pada persidangan tersebut.

Sebelum ini, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang dilihat sebagai “figura” penting umat Islam di Benua Eropah, telah menghubungi Najib untuk mencari sokongan dan solidariti dalam tindakan provokasi AS itu serta mengatakan suara Malaysia adalah amat penting dalam isu berkenaan.

Ini sekaligus mengiktirafkan usaha Najib dalam memperjuangkan kesejahteran umat Islam seluruh dunia serta usaha kerjaan Barisan Nasional yang selama ini tegas dalam isu Palestin.

#RespectmyPM #Negaraku

Leave a Reply